Thursday, April 24, 2014

happy easter : apa itu Easter Day, Good Friday, Simbolik Arnab dan Telur Warna-warni?

Dulu setiap kali aku menyelak kalendar kuda, aku sering tertanya-tanya apa itu Good Friday. Jumaat Bagus ke hape? Dan kenapa ada arnab dengan telur yang bercorak warna-warni tu. Apa kaitannya dengan Jumaat Bagus tu? Kena sembelih arnab dan makan telur ke pada hari tu? Maklumlah, otak budak lagi. Rupa-rupanya itu perayaan puak kafir.



Easter Day dan Good Friday
Perayaan Easter ini adalah antara perayaan utama pengganut Kristian seperti Hari Krismas. Hari Easter merupakan kepercayaan mereka bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

 Arnab dan Telur Berwarna-warni
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan. 

Arnab Easter merupakan watak berupa arnab yang membawa telur Easter. Mengikut legenda, makhluk ini membawakan bakul berisi telur berwarna-warni, gula-gula dan mainan kepada kanak-kanak di rumah pada malam Easter (atau Paska). Arnab Easter akan meletakkan bakul di tempat yang tertentu, ataupun menyorokkannya dalam rumah atau halaman supaya kanak-kanak boleh mencarinya sebaik sahaja bangun pada waktu pagi.





















terimakasih sudah membaca  happy easter : apa itu Easter Day, Good Friday, Simbolik Arnab dan Telur Warna-warni?

2 comments:

  1. Dulu setiap kali aku menyelak kalendar kuda, aku sering tertanya-tanya apa itu Good Friday. Jumaat Bagus ke hape? Dan kenapa ada arnab dengan telur yang bercorak warna-warni tu. Apa kaitannya dengan Jumaat Bagus tu? Kena sembelih arnab dan makan telur ke pada hari tu? Maklumlah, otak budak lagi. Rupa-rupanya itu perayaan puak kafir.

    * APA TUJUAN ANDA MENULIS BLOG INI! "Rupa-rupanya itu perayaan puak kafir."

    * PATUTLAH MENGAKU BODOH!

    ReplyDelete
  2. Berdosa ckp madam tu...puak kafir lain yg Ni lain..
    Ku RSA kau lah tu

    ReplyDelete